Salman Al-Farisi, Perjuangan Mencari Kebenaran
Assalamualaikum..
Apabila disebut mengenai perang Khandak, nama Salman al-Farisi memang tidak dapat dipisahkan lagi. Salman Al-Farisi merupakan seorang arkitek yang masyur ketika itu. Beliaulah yang mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w. supaya dibuat parit dibina di sekeliling kota Madinah sebagai kubu pertahanan untuk tentera Islam yang membawa kepada kemenangan orang Islam dalam perperangan tersebut.
Saya yakin hampir semua orang mengetahui mengenai perang Khandak. Oleh itu, saya lebih tertarik untuk menceritakan mengenai Salman al-Farisi dan perjuangannya dalam mencari agama sebenar dan hidayah Allah s.wt. (Islam) dari Persia(Iran) ke Kota Madinah.
Nama lengkap Salman-al-Farisi ialah Mabah bin Budzkhasyan bin Mousilan bin Bahbudzan bin Fairuz bin Sahrk Al-Isfahani. Salman Al-Farisi berasal dari keluarga Zoroastrian yang dihormati dari sebuah kota dekat Isfahan, Persia (Farsi). Ayahnya adalah seorang Dihqan (ketua) kampung. Beliau adalah orang terkaya di sana dan memiliki rumah terbesar. Beliau adalah seorang penganut agama Majusi (penyembah api). Ayahnya sangat menyayangi beliau dan melarang Salman keluar dari rumah kerana terlalu sayangkannya. Namun beliau tidak merasa aman dengan agamanya. Pergolakan batin itulah yang mendorongnya untuk mencari agama yang dapat mententeramkan hatinya. Maka bermulalah perjalanan Al-Farisi untuk mencari Hidayah Allah SWT.
Salman-al Farisi dilahirkan di lingkungan masyarakat Majusi, penyembah api dan ditugaskan sebagai penjaga api supaya nyalaan api itu tidak pernah dan akan padam.Pada suatu hari, ayah Salman sibuk menguruskan bangunan. Oleh itu, ayah Salman mengarahkan Salman melakukan beberapa urusan tanahnya. Dalam perjalanan ke tanah ayahnya itu, Salman melalui satu gereja Nasrani. Beliau mendengar suara seperti orang bersembahyang. Beliau melihat cara mereka beribadat, dan berminat mengetahui lebih lanjut mengenai agama Nasrani. Kemudian, Salman a-Farisi bertanya kepada mereka, ‘‘Dari mana asal usul agama ini?‘ Mereka menjawab, ‘Dari Syam (Syiria).’
Ketika beliau telah bertemu ayahnya, ayahnya bertanya, ‘Anakku, ke mana saja kamu pergi? Bukankah aku telah berpesan kepadamu untuk mengerjakan apa yang aku perintahkan itu?’ Beliau menjawab, ‘Ayah, aku melalui pada suatu kaum yang sedang sembahyang di dalam gereja, ketika aku melihat ajaran agama mereka aku kagum. Demi Allah, aku tidak beranjak dari lempat itu sampai matahari terbenam,’
Ayah beliau menjawab, ‘Wahai anakku, tidak ada kebaikan sedikitpun dalam agama itu. Agamamu dan agama ayahmu lebih bagus dari agama itu.’ Salman al-Farisi membantah, ‘Demi Allah, sekali-kali tidak! Agama itu lebih bagus dari agama kita.’ Disebabkan risau akan keadaan anaknya, Salman dirantai kakinya dan dipenjara di rumahnya sendiri.
Kemudian, Salman al-Farisi mengikuti rombongan berdagang ke Syria untuk mengetahui lebih lanjut mengenai agama Nasrani.. Sesampainya di Syria, Salman-al-Farisi pergi ke sebuah gereja untuk berguru dengan pendeta di sana. Salman-al Farisi berkata kepada pendeta tersebut, “ aku sangat mencintai agama ini, dan aku ingin tinggal bersamamu, aku akan membantumu di gerejamu, agar aku dapat belajar denganmu dan sembahyang bersama-sama kamu.’ Pendeta itu menjawab, ‘Silakan.’ Maka beliau pun tinggal bersama pendeta di dalam gereja tersebut.
Namun, pendeta itu merupakan seorang yang berhati jahat. Pendeta tersebut mengarahkan masyarakat di situ untuk bersedekah, namun segala sedekah yang dikumpulkan kepadanya tidak disampaikan kepada orang miskin, sehingga dia berjaya mengumpulkan 7 peti emas dan perak.
Beliau sangat benci perbuatan pendeta tersebut. Setelah pendeta tersebut meninggal, beliau menceritakan perkara sebenar kepada orang-orang Nasrani yang sudah bersiap sedia untuk mengebumikannya. Beliau menunjukkan tempat simpanan sedekah yang patut diberikan kepada orang miskin kepada mereka. Setelah mereka menyaksikan betapa banyaknya simpanan pendeta itu, mereka berkata, ‘Demi Allah, selamanya kami tidak akan menguburnya.’ Kemudian mereka menyalib pendeta itu pada tiang dan melempari jasadnya dengan batu.
Kemudian mereka mengangkat orang lain sebagai penggantinya. Salman menceritakan yang beliau tidak pernah melihat seseorang yang tidak mengerjakan shalat lima waktu (bukan seorang muslim) yang lebih bagus dari dia, dia sangat zuhud, sangat mencintai akhirat, dan selalu beribadah siang malam. Beliau sangat sayangkan pendeta yang baru dilantik itu dan tinggal bersamanya beberapa waktu.
Ketika pendeta itu berada di ambang kematiannya, pendeta itu mewasiatkan kepada Salman al-Farisi menemui seseorang di Masul (sebuah kota di Iraq) . Kemudian Salman pun menemui orang yang diwasiatkan pendeta itu di Masul. Beliau mendapati si Fulan di Masul tersebut sangat baik sebagaiman diterangkan oleh pendeta tersebut. Dan ketika kematian menjelang, Salman bertanya kepadanya, ‘Wahai Fulan, ketika itu si Fulan mewasiatkan aku kepadamu dan agar aku menemuimu, kini taqdir Allah akan berlaku atasmu sebagaimana engkau maklumi, oleh karena itu kepada siapakah aku ini hendak engkau wasiatkan? Dan apa yang engkau perintahkan kepadaku?’
Orang itu berkata, ‘Wahai. anakku, Demi Allah, tak ada seorangpun sepengetahuanku yang seperti aku kecuali seorang di Nashibin (kota di Aljazair), yakni Fulan. Temuilah ia!‘
Maka setelah beliau wafat, Salman al-Farisi pun menemui seseorang yang di Nashibin itu. Setelah bertemu, Salman al-Farisi pun menceritakan keadaanku dan apa yang di perintahkan si Fulan kepadanya. Orang itu berkata, ‘Silakan tinggal bersamaku.’ Kemudian Salman pun tinggal bersamanya untuk beberapa ketika dan mendapati orang tersebut merupakan orang yang sangat baik. Namun, takdir Allah tidak mampu dilawan.Ketika kematian hampir menjemput, Salman al-Farisi berkata, ‘Wahai Fulan, Ketika itu si Fulan mewasiatkan aku kepada Fulan, dan kemarin Fulan mewa-siatkan aku kepadamu? Sepeninggalmu nanti, kepada siapakah aku akan engkau wasiatkan? Dan apa yang akan engkau perintahkan kepadaku?’
Orang itu berkata, ‘Wahai anakku, Demi Allah, tidak ada seorangpun yang aku kenal sehingga aku perintahkan kamu untuk mendatanginya kecuali seseorang yang tinggal di Amuria (kota di Romawi). Orang itu menganut keyakinan sebagaimana yang kita anut, jika kamu berkenan, silakan mendatanginya. Dia pun menganut sebagaimana yang selama ini kami pegang.’
Setelah orang yang baik itu meninggal dunia, beliau pun pergi menuju Amuria. Beliau menceritakan apa yang terjadi kepada si Fulan di Amuria itu. Si Fulan pun mengajak Salman al-Farisi untuk tinggal bersamanya.
Di tempat orang itu, Salman al-Farisi bekerja sehingga Berjaya memiliki beberapa ekor sapi dan kambing. Kemudian takdir Allah pun berlaku untuknya. Ketika itu Salman al-Farisi berkata, ‘Wahai Fulan, selama ini aku hidup bersama si Fulan, kemudian dia mewasiatkan aku untuk menemui Si Fulan, kemudian Si Fulan juga mewasiatkan aku agar menemui Fulan, kemudian Fulan mewasiatkan aku un¬tuk menemuimu, sekarang kepada siapakah aku ini akan engkau wasiatkan? dan apa yang akan engkau perintahkan kepadaku?’
Orang itu berkata, ‘Wahai anakku, demi Allah, aku tidak mengetahui seorangpun yang akan aku perintahkan kamu untuk mendatanginya. Akan tetapi telah hampir tiba waktu munculnya seorang nabi, dia diutus dengan membawa ajaran nabi Ibrahim. Nabi itu akan keluar diusir dari suatu tempat di Arab kemudian berhijrah menuju daerah antara dua perbukitan. Di antara dua bukit itu tumbuh pohon-pohon kurma. Pada diri nabi itu terdapat tanda-tanda yang tidak dapat disembunyikan, dia mahu makan hadiah tetapi tidak mahu menerima sedekah, di antara kedua bahunya terdapat tanda cincin kenabian. Jika engkau boleh menuju daerah itu, berangkatlah ke sana.’ Setelah orang tersebut pun meninggal dunia, Salman masih lagi tinggal di Amuria.
Pada suatu hari, serombongan pedagang dari Kalb melewati Salman al-Farisi. Beliau meminta kepada pedagang itu untuk membawanya ke tanah Arab dengan bayaran sapi dan kambing-kambing ternakannya. Namun, pedagang-pedagang tersebut merupakan pedagang yang jahat. Setibanya di Wadil Qura, mereka menjualnya kepada seorang Yahudi. Beliau tidak dapat hidup bebas. Apabila beliau melihat pohon-pohon kurma di Wadil Qura, beliau mengharapkan inilah daerah yang disebutkan oleh pendeta tersebut.
Kemudian, dengan izin Allah, sepupu orang Yahudi tersebut membeli Salman-al Farisi dan membawanya ke Madinah sebagai hamba. Ketika perkhabaran Nabi Muhammad s.a.w berhijrah sampai ke Madinah disampaikan kepada majikan Salman al-Farisi, ketika itu beliau berada di atah pokok kurma majikannya. Apabila Salman al-Farisi mengetahui mengenai kedatangan Rasulullah s.a.w, beliau berasa gementar sehingga terjatuh di atas majikannya. Kemudian Salman terus bertanya kepada orang yang membawa berita tersebut. ‘Apa tadi yang engkau katakan? Apa tadi yang engkau katakan?‘ Majikan beliau sangat marah dan memukulnya dengan pukulan yang kuat Kemudian berkata, ‘Apa urusanmu menanyakan hal ini, teruskan pekerjaanmu.’
Pada suatu petang, Salman al-Farisi mengambil sejumlah bekal dan bergerak menuju Rasulullah s.a.w yang pada ketika itu berada di Quba. Beliau berkata kepada Rasulullah s.a.w ”Telah sampai kepadaku khabar bahawa engkau adalah seorang yang soleh, engkau memiliki beberapa orang sahabat yang dianggap asing dan miskin. ‘Aku membawa sedikit sedekah, dan menurutku kalian lebih berhak menerima sedekahku ini daripada orang lain. Salman al-Farisi menyerahkan sedekah tersebut kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabat, ‘Silakan kalian makan, sementara beliau tidak menyentuh sedekah itu dan tidak memakannya. Salman al-Farisi bertambah yakin dengan salah satu tanda kenabian yang pernah dinyatakan oleh gurunya sebelum ini.
Kemudian Salman pun pulang ke rumah untuk mengumpulkan sesuatu. Pada suatu hari, beliau berjumpa nabi dan berkata ‘Aku memperhatikanmu tidak memakan pemberian berupa sedekah, sedangkan ini merupakan hadiah sebagai penghormatanku kepada engkau.’
Kemudian Rasulullah makan sebahagian dari hadiah pemberiannya dan memerintahkan para sahabat untuk memakannya, mereka pun makan hadiahku itu. Salman al-Farisi pun berkata dalam hati, ‘lnilah tanda ke nabi an yang kedua.’
Tidak lama selepas itu, Salman al-Farisi bertemu Rasulullah s.aw. yang ketika itu berada menghantar jenazah salah seorang sahabat di perkuburan Baqi’ al-Ghargad. Beliau mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w dan memerhatikan nabi Muhammad s.a.w untuk mencari cincin kenabian yang dinyatakan pendeta sebelum ini.
Pada saat itu, Rasulullah s.a.w menyedari Salman al-Farisi sedang memerhatikan baginda. Baginda mengetahui Salman al-Farisi sedang mencari penjelasan mengenai cincin kenabian yang dinyatakan pendeta kepada Salman sebelum ini. Kemudian, baginda pun melepas kain selendang baginda dari punggung dan berjaya melihat tanda cincin kenabian nabi. Salman al-Farisi pun yakin bahawa baginda adalah serang nabi dan terus memeluk Nabi Muhammad s.a.w dan menangis bahagia kerana perjuangannya selama ini mencari kebenaran dan hidayah selama puluhan tahun berhasil akhirnya.
Rasulullah bersabda kepada Salman al-Farisi ‘Datanglah kemari. Maka Salman al-Farisi pun bergerak di sisi Rasulullah s.a,w dan menceritakan perjalanan hidupnya kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berasa takjub dengan kisah beliau dan memintanya untuk menceritakan kepada para sahabat.
Disebabkan kesibukan Salman al-Farisi bekerja sebagai seorang hamba, beliau tidak dapat menyertai peperangan Badar dan Uhud, Pada suatu hari, Rasulullah s.aw. bersabda kepadanya, “Mintalah kepada majikanmu untuk bebas, wahai Salman!’ Salman al-Farisi hanya dapat dibebaskan dengan tebusan 300 pohon kurma yang beliau tanam untuknya dan 40 uqiyah.
Kemudian Rasulullah s.a.w mengumpulkan para sahabat dan bersabda, ‘Berilah bantuan kepada saudara kalian ini.’ Para sahabat pun membantu dengan memberi pohon (tunas) kurma. Ada sahabat yang member 30 pohon, 20 pohon dan ada yang memberi 15 pohon sesuai dengan kadar kemampuan mereka, sehingga terkumpul benar-benar 300 pohon.
Setelah terkumpul 300 pohon kurma, Rasulullah s.a.w pun memerintahkan Salman al-Farisi untuk menanam pohon kurma untuk majikannya. Salman al-Farisi pun membuat 300 lubang dengan bantuan para sahabat. Kemudian, Salman dan para sahabat ,mendekatkan pohon (tunas) kurma itu kepada baginda dan Rasulullah pun meletakkannya di tangan beliau. Maka, demi jiwa Salman yang berada di TanganNya, tidak ada sebatang pohon pun yang mati.
Setelah tebusan pohon kurma Berjaya dipenuhi, Salman al-Farisi masih mempunyai 40 uqiyah(timbangan emas) sebelum dapat dibebaskan. Kemudian Rasulullah s.a.w membawa emas sebesar telur ayam hasil dari rampasan perang. Lantas baginda bersabda, ‘Apa yang telah dilakukan Salman al-Farisi?’ Kemudian baginda mamanggil Salman lalu bersabda, ‘Ambillah emas ini, gunakan untuk melengkapi tebusanmu wahai Salman.
Wahai Rasulullah s.a.w bagaimana status emas ini bagiku? Rasulullah menjawab, ‘Ambil saja! Insya Allah, Allah s.w.t akan memberi kebaikan kepadanya.’ Kemudian Salman pun menimbang emas itu. Dengan izin Allh, berat ukuran emas itu tepat 40 uqiyah. Kemudian, Salman pun berjaya memenuhi kehendak majikannya lalu dan dibebaskan.
Setelah itu, Salman al-Farisi sentiasa bersama Rasulullah s.a.w.dalam perang Khandak, dan sejak itu tidak ada satu peperangan yang tidak beliau ikuti.
Kisah Salman Al-Farisi memaparkan kisah seorang insan yang mengalami pelbagai cabaran dan dugaan dalam mencari kebenaran. Akhirnya beliau diketemukan orang yang terbaik di zamannya.Daripada rentetan perjalan Salman al-Farisi dalam mencari hidayah dan kebenaran, kita perlulah mensyukuri hidayah yang diberikan Allah s.w.t dan memeliharanya daripada ditarik semula daripada Allah s.w.t. Walaupun kita ini dilahirkan di dalam keluarga Islam, tetapi jika usaha tidak dilakukan untuk meningkatkan ilmu dan menambahkan amalan, syaitan akan mudah menjauhkan kita dari Allah swt. Tidak hairanlah jika kita lihat ramai orang Islam itu sendiri yang melakukan jenayah yang tidak dapat dibayangkan Perjuangan Salman Al-Farisi dalam mencari hidayah Allah memakan masa bertahun-tahun dan beliau meninggalkan ayahanda tercinta, harta keluarga, dijual menjadi hamba, berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain semata-mata untuk mencari kebenaran dan ketenangan jiwa. Hidayah Allah perlu dicari dan dengan keyakinan, keikhlasan hati dan usaha yang bersungguh-sungguh, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang pasti akan memberi petunjuk yang dicari-cari selama ini. Allah itu Maha Penyayang dan akan membantu hambanya yang ikhlas mencari kebenaran. Diharapkan kisah Salman al-Farisi ini dapat memberi iktibar dalam hati kita dan marilah kita sama-sama berusaha untuk mendapat keredhaan Allah.
p/s- agama Nasrani yang dianuti Salman al-Farisi sebelum Islam merupakan agama Kristian sebelum kitab Injil diubah (ajaran Nabi Isa). Kisah hidup Salman al-Farisi Radiyallahu anhu diceritakan oleh dirinya sendiri berdasarkan daripada Abdullah bin Abbas Radliyallahu ‘Anhuma berkata, “Salman al-Farisi Radliyallahu ‘Anhu menceritakan biografinya kepadaku dari mulutnya sendiri. Saya cuba mengubah kata ganti nama pertama yang digunakan oleh Salman al-Farisi ketika penceritaan beliau mengenai kisah hidupnya kepada kata ganti nama ketiga agar lebih mudah difahami oleh semua. Rujukan yang saya gunakan merupakan bahasa Indonesia, saya meminta maaf kalau ada perkataan atau salah dan silap dari gaya penceritaan saya yang baru belajar ini.
Rujukan:
http://supriman.wordpress.com/2009/05/21/kisah-islamnya-salman-al-farisi/
Daripada,
Pelajar tahun akhir Fizik.
University of Liverpool
0 comments:
Post a Comment