Di manakah ukhuwwah insaniah kita?

Wednesday, 9 May 2012 0 comments


Di manakah ukhuwwah insaniah kita?

Oleh: Hariz (Editor-in-chief Monumentalist) 

mhshariz89@yahoo.com.my 

Perkongsian hari ini ditujukan khas kepada org Malaysia yang berada di luar negara. Mari kita jujur dengan diri sendiri. Berapa ramai daripada kita yang melarutkan diri dalam masyarakat tempatan? By that, I do not mean your Malaysian-only Community. Maksud saya ialah masyarakat di tempat anda berada sekarang. Sebagai contoh, saya menetap di Liverpool, maka masyarakat tempatan adalah penduduk Bandar Liverpool. Adakah kita melihat orang yang berlainan kaum dan berlainan bangsa dengan kita sebagai masyarakat? Bukannya salah untuk duduk berkomuniti sebangsa tetapi janganlah kita lupa masyarakat yang lebih besar.

Adakah kita mempunyai niat untuk menjalinkan hubungan dengan setiap orang yang kita jumpa? Adakah mak cik tua di kaunter post office itu tidak layak untuk diiktiraf sebagai orang tua yang patut kita hormat? Adakah kita lihat coursemate/teammate kita sekadar orang yang kebetulan berada dengan kita atau rakan seperjuangan menerajui cita-cita yang sama? Adakah lecturer kita sekadar orang yang mengajar kita atau guru yang kita betul-betul hargai? Orang yang tinggal berdekatan, tidak layakkah mereka diiktiraf sebagai jiran atau orang sekampung?

Saudara-saudari sekalian,

Di manakah ukhuwwah insaniah (brotherhood among men) kita? Lupakah kita bahawa Allah jadikan kita berbeza-beza supaya kita saling kenal-mengenali? Saya tiba-tiba terasa nak tulis ini apabila terkenang persahabatan saya dengan kawan-kawan saya di Liverpool. Saya lihat masyarakat di sini bukan main bersungguh-sungguh nak include saya sebagai anggota masyarakat mereka walaupun saya bukan sahaja orang luar tetapi temporary overseas resident. Saya memang rasa diterima di sini.

Pergi kelas, kadang-kadang orang seperti Steph akan offer kek yang dia buat pada hari sebelum itu. Pergi Masjid, berjumpa dan berjenaka dgn syabab-syabab dan org tua yang berlainan warna kulit. Pergi taekwondo atau persatuan, jumpa budak-budak dan orang muda sebaya daripada keadaan hidup yang berbeza-beza. Bagaimana pula kita terhadap mereka? Adakah kita tidak mahu menjabat tangan yang mereka hulurkan? Tidak mahukah kita sekurang-kurangnya berkeinginan menjalinkan hubungan bersama mereka?

Saya faham bahawa sebagai seorang Muslim, kita mungkin terbatas dalam bersosial dengan mereka terutamanya apabila mereka ajak ke bar atau pub. Sampai bila kita hendak guna alasan ini untuk tidak bersosial dengan mereka? Takkan mereka minum arak dan berparti 24jam?! Mesti ada masa yang membolehkan kita berinteraksi dengan mereka? Contohnya, semasa menunggu lecture, di masjid, di mesyuarat persatuan, terjumpa di bas stop, atau Facebook. Bila berjumpa dgn mereka mesti ada rasa keinginan berkenalan atau bahasa Al-Quran, 'taaruf':

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (لتعارفوا). Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujurat (49):13)
Janganlah kita kecilkan lingkup masyarakat dengan orang sebangsa kita sahaja. Mari kita ubah persepsi kita. Kawan-kawan tempatan bukan semata-mata orang untuk kita berlatih berbahasa Inggeris. Mereka ialah insan yang wajar kita cuba kenali dan dekati.

Tujuan saya menulis ini adalah untuk menggalakkan sahabat semua menjalinkan hubungan dengan masyarakat tempatan dan jangan malu menggelarkan diri sebagai penduduk Eropah walaupun penduduk sementara. 3 tahun sudah cukup lama untuk jadi orang dalam. Saya juga ingin kongsikan betapa manisnya hidup bermasyarakat.

Sebelum saya akhiri tazkirah ini, izinkan saya berkongsi beberapa quote:
"Hariz, you are a Toxteth boy now, eh" 
"You are one of us now"
"Aren't we your friends?"
"Cheers, mate"
"How's your day, akhi?"
"You're alright?"

Di atas merupakan kata-kata kebanyakan kawan-kawan saya yang saya kadang-kadang take for granted. Semoga Allah pertemukan kita dalam keadaan yang lebih baik setiap kali kita berjumpa.
:')

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 The Monumentalist | TNB