Laporan Bulan Amal Palestin

Thursday 12 July 2012 0 comments
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
"Orang Israel lebih mengetahui bahawa Holocaust bermula dengan pencabulan hak asasi manusia, kemudian, deportasi dan berakhir dengan pembunuhan secara beramai-ramai"
Pada Bulan Mac 2012, IKRAM Liverpool telah melancarkan Bulan Amal Palestin dengan tujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu Palestin yang kurang diberi perhatian dalam media massa.
Isu ini sering diketepikan sebagai isu yang kurang menguntungkan untuk diperjuangkan kerana kebanyakan daripada kita sangka kita tidak dapat mengatasi musuh yang kuat. Ketahuilah bahawa isu ini bukan sahaja isu mereka tetapi isu KITA. Serba sedikit mengenai sejarah isu Palestin:




Ceramah 1- Live From Palestine



Jazakallahu khair diucapkan kepada En Abdul Azim Ismail yang telah memberikan kita 'the inside scoop' di Palestin melalui kaca mata seorang aktivis dari Malaysia. Harap semua boleh lihat bagaimana yang disalurkan oleh rakyat Malaysia digunakan untuk membaiki taraf hidup penduduk Palestin.

Liga Amal Palestin 2012

Jejaka-jejaka tampan Liverpool (termasuk ahli Monumentalist) telah turun ke padang bola sepak demi meningkatkan kesedaran mengenai isu Palestin sambil mengikut Sunnah Rasulullah mengenai penjagaan badan yang sihat.




Ceramah 2 

MasyaAllah! Ceramah yang penuh dengan fakta yang membeliakkan mata. Sheikh Majdi, seorang penduduk Palestin dan juga Pengarah Badan Amal Interpal, telah memberikan pandangan beliau mengenai 'Solusi 2 Negara' yang berat sebelah pada belah rejim Zionis (lebih tepat dinamakan 'Ilusi 2 Negara')

Ucapan Penutup daripada Pihak Penganjur

Kami dari pihak IKRAM dan ahli jawatankuasa Program amal Palestin Liverpool ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat Liverpool kerana menjayakan program ini dan memberi segala bentuk bantuan kepada perlaksanaan program ini.

Atas usaha semua pihak, sebanyak 306.22 pound berjaya dikumpul dan diserahkan terus kepada INTERPAL iaitu sebuah badan derma Palestin yang terkenal di bumi United Kingdom. Dengan izin Allah, bantuan kita akan terus sampai ke orang-orang Palestin yang memerlukan dan semoga jalinan hati antara masyarakat Malaysia dan Palestin terus kekal sehingga bila kita bertemu semula dengan mereka di Al-Quds kelak.

Sekian, terima kasih.

Amir Ridzwan
Nota dari Editor:

Kalau kita rasa kesepian yang berlaku sekarang ialah tanda baik bahawa konflik akan berakhir, sebenarnya, kesepian itu adalah tanda bahawa sudah hampir tiada benda untuk dimusnahkan di Palestin melainkan jiwa dan semangat rakyat Palestin.

Ingatkan sudah habis? Belum lagi....

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 The Monumentalist | TNB