Berikut merupakan perlembagaan kami:
*Setiap Jumaat 8-9PM
InsyaAllah, segala pengisian usrah akan diletak sini untuk rujukan semua. Selamat berusrah, sahabat!
TILAWAH DAN TADABBUR:
Bacaan
Surah Al-Hajj (22) : 53-64
Tilawah dan Tajwid
Tiada yang luar daripada hukum biasa
Ringkasan tadabbur:
- Apa-apa pemikiran yang bertentangan kehendak Allah itu mempunyai dua kesan berpola;
- kepada mereka yang mempunyai fikiran yang jahat, pemikiran tersebut merupakan ujian dan godaan syaitan
- kepada mereka yang mempunyai fikiran yang baik, pemikiran tersebut dikutuk olehnya dan dijadikan sesuatu cara untuk menguatkan iman dan merangsangkan fikiran untuk meyakinkan kehendak Allah.
- Orang kafir sentiasa berada dalam keadaan keraguan dan tidak senang kerana menolak Allah
- Balasan baik bagi yang menuruti perintah Allah dan balasan buruk bagi mereka yang mengingkar perintah Allah.
- Bagi mereka yang berkorban demi Allah, Allah akan memberikan rezeki yang baik kepada mereka.
- Kekuasaan Allah yang manusia jarang bercakap tentang:
- Peristiwa Siang dan Malam
- Hujan dari Langit
- Makrifatullah (mengenal Allah):
- Allah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus (ayat 54)
- Dan sesungguhnya Allah adalah pemberi rezeki yang terbaik (a58)
- Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Penyantun (a60)
- Sungguhnya Allah Maha Pemaaf, Maha Pengampun (ayat 61)
- Dialah yang Hak….. Dialah yang Maaha Tinggi, Maha Besar (a62)
- Allah Maha Halus, Maha Mengetahui (ayat 63)
BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN
Ringkasan
- Cerita: Surat raja kepada penduduk kampung (Rujuk Slide)
- Tayangan: Klip daripada Animasi ‘Muhammad’ menunjukkan babak rumah Al-Arqam mengenai mesej Islam yang pertama
- Al-Quran berasal daripada perkataan ‘iqra’ yang bermaksud ‘bacaan’ atau ‘recitation’.
- Al-Quran datang dalam bentuk ‘recitation’ dan bukannya mushaf. Hendaklah dibacakan untuk diamalkan bukan sekadar menyimpannya dan membaca sekali-sekala.
- Kata2 Rasulullah (Mafhum): “Pada masa kini, kamu rasa susah untuk menghafal tetapi senang mengamalkan Al-Quran. Akan wujud zaman di mana orang senang menghafal Al-Quran tetapi susah mengamalkannya.”
- Kebanyakan perintah Al-Quran berkitarkan konsep amar makruf nahi munkar yakni syariat Islamiah (cara hidup Islam) yang tidak dilaksanakan.
- Antara sebab syariat Islam diketepikan:
- Nafsu
- Orang Islam take for granted Al-Quran
- Mengaji tetapi Tidak Mengkaji
- Baca Al-Quran beserta tafsir
- Amalkan apa yang kita dapat
- Saidina Umar mengambil masa 8 tahun untuk menghafal Surah Al-Baqarah demi mengamalkan sesuatu ayat sebelum ke ayat yang seterusnya.
BORAK2 PSL ISU-ISU SEMASA
- Kelajuan neutrino mengalahi kelajuan cahaya
Ringkasan perbincangan:
- Saintis baru-baru ini telah menemui bahawa cahaya bukan merupakan benda yang paling laju atas muka bumi ini
- Kesannya: Kemungkinan akan ada pembetulan dalam Teori Relativiti Einstein dan persamaan E=mc2
Refleksi:
- Mengagungi kehebatan Allah dari segi ilmu-Nya. Betapa ramai manusia bongkak dengan ilmu yang cetek dan ingatkan dirinya cukup sedangkan ilmu Allah luas dan pelbagai perkara yang belum diketahui.
- Pembaharuan ini akan menyebabkan pelbagai penambah baikan dalam kehidupan kita. Khazanah Allah sedang tunggu untuk ditemui demi kebaikan manusia.
- Kita sebagai umat yang terbaik sepatutnya menjadi orang yang menemui pembaharuan seperti ini.
0 comments:
Post a Comment