Usrah dan ohana

Monday, 2 January 2012 0 comments

Assalamualaikum semua,


Mesti semua sudah dapat email MSC baru-baru ini berkenaan Usrah. 


Mesti ada yg sudah tahu apa itu usrah. Tetapi saya tulis ini utk ingatkan diri kita berkenaan Usrah.

Untuk membantu saya menhuraikannya, saya ingin rujuk animasi 'Lilo and Stitch'.


Ingatkah anda kata petikan daripada 'L&S' yang sangat popular?

(angkat tangan) Ohana means family. Family means no one is left behind or forgotten. (Ohana bermaksud keluarga. Keluarga bermaksud tiada yang ditinggalkan atau dilupakan)

Jadi, apa kenanya 'usrah' dengan 'ohana'?

Usrah اسرة bermaksud keluarga dalam Bahasa Arab. Rujuk balik kepada apa yang saya sebut sebelum ini, apakah maksud keluarga?

(angkat tangan sekali lagi) 
Keluarga bermaksud tiada yang ditinggalkan atau dilupakan.

Soalan seterusnya, mengapakah kita perlu 'ohana' di Liverpool?

Dalam situasi di mana kita duduk nun jauh dari tanah air tercinta kita, kita diperlihatkan banyak benda baru. Kita sentiasa mendengar bisikan untuk ambil jalan itu dan
 ini. Sesungguhnya, jiwa kita berada dalam keadaan yang tidak aman dan mungkin terjebak dalam budaya tidak sihat (na'uzubillahu min zalik) sekiranya kita sentiasa mengingati dan membersihkan jiwa kita.


Jadi, apa yang boleh kita buat?

Kita mestilah duduk mendampingi saudara kita se-Islam sekurang-kurangya seminggu sekali untuk berkata tentang sesuatu yang jiwa kita dahagakan iaitu berkata tentang Allah dan jalan ke syurga.

Bila anda pergi ke usrah anda,  anda akan jumpa ohana anda yang berkumpul demi mengkongsi bersama anda semua tentang keindahan Ad-Deen kita dan kebesaran Allah yang Maha Esa. Ohana anda tidak mahu apa-apa melainkan membawa anda lebih dekat kepada Allah dan insyaAllah, semakin mendekati Jannatul Firdaus (Syurga tertinggi)


Apabila anda berada dalam sebuah Ohana, anda bagaikan mutiara pada sebuah rantai yang diikat menggunakan sebuah ikatan yang dinamakan Islam. Anda semua bersinar dengan terang-benderang apabila anda bersatu. Betapa indahnya benda yang dinamakan ukhuwwah.



Apa yang disebut oleh baginda Rasulullah SAW berkenaan ukhuwwah?


Dari Anas r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Tanda-tanda iman ialah mencintai kaum Ansar dan tanda-tanda munafik ialah membenci kaum Ansar."
(Jilid 1, Buku 2 (Kitab Iman), Nombor 12 Sahih Bukhari)


Sumber: http://www.bankislam.net/Hadis_Sahih_Bukhari/Wahyu/#ixzz1iQp46Dce


Cuba fikirkan betapa hebat bunyinya? Kasih sayang tidak boleh berpisah dengan keimanan kita.

Maka, saudara dan saudari se-Islam, saya sarankan anda semua berjumpa dengan Ohana anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dan sayangi mereka seolah-olah mereka adik-beradik anda sendiri.



Dalam masa sekarang apabila semua orang memikir tentang 'aku' daripada 'kita', Ohana kita bagaikan udara nyaman yang kita dapat hirup hanya selepas keluar bandar berjelebu. Itulah tahap keperluan kita terhadap satu sama lain.

Kuiz: Apakah maksud Ohana? Ohana bermaksud Usrah. Usrah bermaksud 
tiada yang ditinggalkan atau dilupakan.

Ukhuwwah fillah abadan abada - Bersaudara demi Allah selalu selama dan selamanya.

Selamat ber'Ohana' dalam Usrah


0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 The Monumentalist | TNB