Islam Sebagai Ad-Deen 1

Tuesday, 3 January 2012 0 comments



TILAWAH DAN TADABBUR:

Bacaan
Surah Al-Hajj (22) : 65-78

Tilawah dan Tajwid
Ayat sajdah: 77
Disunatkan sujud selepas membaca ayat ini dalam solat dan luar solat.

Ringkasan tadabbur:

§  Semua perkara berlaku dalam pengetahuan Allah dan tercatat dalam Lauh Mahfuz (makhluk pertama ialah Qalam yang Allah guna untuk mencatat dalam Lauh Mahfuz)
§  Allah telah memberikan kita syariat untuk diikuti demi kesejahteraan dunia dan akhirat
§  Allah mengencam mereka yang menolak Islam dengan neraka setelah disampaikan kepada mereka syariat Islam
§  Perumpamaan: Makhluk tidak dapat menciptakan makhluk sekecil lalat walaupun bersatu dan tidak dapat merebutkan kembali sesuatu yang dirampas oleh lalat tersebut. (ayat 73)
§  Allah menyeru orang-orang beriman untuk berjihad pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.
§  Allah yang memilih orang untuk diberikan hidayah
§  Allah tidak jadikan Ad-Deen ini sempit
§  Allah yang menamakan kita Muslim sejak dahulu lagi dan dalam Al-Quran supaya Rasul menjadi saksi atas diri kita dan kita menjadi saksi atas segenap manusia
§  Makrifatullah (mengenal Allah):
o   Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia (a 65)
o   Allah yang menghidupkan, mematikan, menghidupkan semula manusia (ayat 66)
o   Allah lebih mengetahui apa yag kamu kerjakan (ayat 68)
o   Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa (ayat 74)
o   Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat (ayat 75)
o   Kepada Allah jualah kembalinya segala urusan (ayat 76)
o   Allah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. (ayat 78)



ISLAM SEBAGAI AD-DEEN 1

Ringkasan

§  Definisi  Islam:
o   Salima = Selamat
o   Salmi = Damai
o   Istaslama = Tunduk dan patuh / tulus dan ikhlas
o   Sullam = Maju

§  Ciri-ciri Islam:

o   Rabbaniyah (Ketuhanan)
      Islam merupakan agama yang berkitar prinsip meletakkan Allah sebagai Rabbul Alamin
      Segala prinsip Islam diturunkan daripada Allah

o   Alamiyyah (Universal)
      Islam dihantar utk seluruh umat manusia untuk semua kaum, masa dan tempat

o   Waqiyyah (Kesemasaan)
      Islam itu praktikal untuk diamalkan dalam kehidupan manusia.
      Bukan sekadar ideal mahupun teori.

o   Syumuliyyah (Komprehensif)
      Islam merangkumi semua aspek kehidupan (ibadah, akhlak, politik, ekonomi, social dll)
      Seluruh kehidupan dilihat sebagai ibadah

o   Murunah (Fleksibel) dan Thabat (Tetap)
      Beberapa prinsip Islam bersifat anjal (cth: fiqh) tetapi tetap pada perkara asas (cth: iman)

o   Inqilabiyyah (Perubahan)
      Tertegaknya Islam atas keruntuhan jahiliyyah.



Bacaan lanjut:

1. Asas-asas Islam - Abu 'Ala Al-Maududi
2. Apa Ertinya Saya Menganut Islam - Fathi Yakan
3. Teks Usrah Peringkat Pengenalan - Idris Ahmad

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 The Monumentalist | TNB