TILAWAH DAN TADABBUR AL-QURAN
Surah Al-Mu’minun 1-11
§ Berjayalah orang Mukminun
§ Ciri-ciri orang Mukminun (Seorang Muslim perlu ada sifat2 ini kalau hendak berjaya):
a. Memelihara solat serta khusyuk dalamnya
b. Menghindari percakapan dan perbuatan sia2
c. Membayar zakat
d. Menjaga kemaluannya kecuali dengan isteri2 dan hamba sahaya - yang ada ikatan perkahwinan. (Soalan: Siapa itu hamba sahaya? Adakah Islam menyokong penghambaan?)
e. Menjaga amanah dan janji
§ Takrif berjaya:
a. Dunia dan akhirat
b. Akhirat sahaja
§ Kejayaan di akhirat itu satu kepastian bagi mukminun (Jannatul Firdaus)
ISLAM SEBAGAI AD-DEEN 2
i) Surah Ali-Imran (ayat 85)
“Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.”
Hadith Nabi Muhammad SAW:
“Sesiapa beramal dengan suatu amalan yang tiada berdasarkan perintah kami, maka ia ditolak”
ii) Islam sebagai deen para Nabi dan Rasul
2:136: Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".
3:67 Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.
5:111 Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): "Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu!" Mereka menjawab: "Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah)"
iii) Islam sebagai penyelesai masalah ummah masa kini dan kesyumulan Islam dari segi sosial, politik dan ekonomi
Sosial
- Akhlak (Hadis: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia)
- Kemasyarakatan dan persaudaraan
- Amar makruf nahi munkar
- Pembinaan insan
- Ikhtilat
- Mengangkat status wanita
Politik
- Pembebasan daripada penghambaan kepada manusia kepada penghambaan kepada Allah
- Sistem khalifah
- Syura
Perundangan
- Berlaku adil dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya
- Jenayah: Hudud, Qisas dan Takzir
- Syariah: Family Law, Hak Hadhanah, Faraid
Ekonomi
- Mengawal pasti bahan sumber tidak terbatas berbanding dengan kehendak manusia (Economy: Demand + supply, iEconomy: Demand+ supply + Human’s desire)
- Penghapusan unsur-unsur riba dan ragu dalam urusan
- Penggalakan bertani
- Insurans dan takaful
Asia-Pacific = 61.9%
Arab-Afrika Utara = 20.1%
Afrika Subsahara = 15.3%
Eropah = 2.4%
Amerika (Utara dan Selatan) = 0.3%
Asia
India = 10.3%
Pakistan = 11.1%
Bangladesh = 9.3%
Turki = 4.7%
China = 1.4%
Malaysia = 1.1%
Brunei-Singapura = <0.2%
Indonesia = 12.9%
Points to ponder:
- Majoriti umat Islam merupakan Muslim dari Sub-benua India (Asia Selatan)
- Umat Islam di China lebih ramai daripada umat Islam di Malaysia
- Turki yang merupakan minoriti pernah menjadi kaum yang memegang khalifah ummah
- Umat Islam Melayu-Indonesia mempunyai peratusan 14.2%. Mampukah kaum kita menjadi kaum seterusnya yang akan memegang khalifah?
ii) Penayangan video:
Oh! Look What Muslims Did! Hard To Swallow Truth! (Youtube v=jEsBMLwxT8I
Oh! Look What Muslims Did! Hard To Swallow Truth! (Youtube v=jEsBMLwxT8I
Apa Saya DApat (ASDA):
· Islam pasti akan berjaya dan bangkit
· Kejayaan umat terdahulu hasil daripada meletakkan Islam sebagai tempat tertinggi
· Islamic systems is the best!
Bacaan lanjut:
1. Asas-asas Islam - Abu 'Ala Al-Maududi
2. Apa Ertinya Saya Menganut Islam - Fathi Yakan
3. Teks Usrah Peringkat Pengenalan - Idris Ahmad
0 comments:
Post a Comment