Pada musim panas, subuh masuk seawal 2 pagi dan kami tidur selepas subuh meskipun kami pernah dengar hadis yang berbunyi "tidur selepas subuh itu memutuskan rezeki". Bolehkah Ustaz terangkan hadis tersebut? - Pazli Pauzi, Liverpool
(Dijawab oleh Ustaz Mohd Tarmizi, Liverpool)
*Doa setelah bangun tidur, mari amalkannya
Assalamu'alaikum w.b.tSaya telah membuat semakan berhubung pertanyaan Pazli pada 14 Jamad-il-Akhir 1432H/17 Mei 2011M yang lalu, sama ada wujud atau tidak matan hadis "tidur selepas subuh itu memutuskan rezeki". Semakan saya mendapati TIADA matan "hadis" yang dimaksudkan itu, sebaliknya matan hadis yang wujud ialah seperti berikut:
عَنْ صَخْرٍ الْغَامِدِيِّ قَالَ ( قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا قَالَ وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ ) قَالَ وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلًا تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ
Mafhumnya: Daripada Sakhr Al-Ghamidi, beliau telah berkata: "RasululLah S.A.W telah bersabda : Ya ALLAH berkatilah umatku pada (awal waktu) paginya. Beliau (Sakhr Al-Ghamidi) berkata lagi, (sebab itu) RasululLah S.A.W apabila baginda menghantar ketumbukan tentera, (biasanya) adalah pada awal siang hari (awal pagi/selepas subuh). Sakhr Al-Ghamidi adalah seorang peniaga, dan beliau menghantar rombongan perniagaannya pada awal siang hari, sebab itu beliau memperoleh keuntungan yang banyak dan bertambah (banyak) hartanya."
Matan hadis ini terdapat di dalam Sunan At-Tirmidhi (Kitab Al-Buyu'), Musnad Ahmad (matannya melalui riwayat 'Ali ibn Abi Talib k.r.w, bukannya Sakhr Al-Ghamidi), Sunan Ibni Majah (Kitab At-Tijarat), dan Sunan Abi Dawud (Kitab Al-Jihad). Matan hadis ini telah dinilai sebagai SAHIH oleh pakar hadis, Sheikh Nasir-ud-din Al-Albani.
Berdasarkan nas di atas, adalah jelas bahawa tiada larangan tidur selepas subuh, lebih-lebih lagi bagi umat Islam yang berada di negara-negara Eropah , di mana jarak waktu selesai solat subuh dengan permulaan waktu bekerja/belajar adalah amat panjang (misalnya pada musim bunga sekarang). Begitu juga tidaklah menjadi kesalahan untuk tidur selepas subuh bagi sesiapa yang bekerja malam, atau bekerja siang dengan tujuan mendapatkan kerehatan yang cukup.
Namun begitu, jika jarak waktu selesai solat subuh itu dengan dengan permulaan waktu bekerja/belajar tidak begitu panjang, adalah lebih baik kita tidak mempraktikkan tidur lagi selepas solat subuh. Sebaliknya, kita istiqamah membuat pengisian kerohanian memenuhi ruang waktu tersebut dengan membaca Al-Qur'an, bersalawat, berzikir atau apa-apa sahaja aktiviti yang berfaedah. Ini adalah kerana, telah jelas dan nyata keberkatan daripada ALLAH kepada kita yang melakukan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh shara' di awal pagi.
والله أعلم بالصَّواب
Dijawab oleh Ustaz Al-Amir Tarmizi
Layarilah website ustaz tempatan kita: http://
0 comments:
Post a Comment