Contengan Jalanan

Sunday, 1 December 2013 0 comments

Contengan Jalanan

Oleh: Sang Pengembara


Penat, Letih, Malas, Muak. Itu perasan dapat ku rasakan tatkala mahu memulakan tugasan projek akhir ku. Tapi entah semena-mena, aku lantas kuatkan jua semangat ku yang datang entah dari mana untuk menuju satu lokasi selesa demi menyiapkan tugasan akhir ku. Duduk di rumah banyak dugaannya. Tiada daya dapat ku menahan nafsu untuk terlentang terbongkang diatas katil empuk.

Sedikit masa sahaja lagi hendak ku habiskan akan pengajian ini, tidak akan ku sia-siakan dengan kemalasan yang menguasai diri. Tuhan, ku memohan kekuatan dariMu.

Tinggal tiga hari sahaja lagi hendak menuju kearah ‘deadline’ bagi tugasan di beri. 3 hari, aku masih kosong. Masih tidak berbuat apa apa sedangkan tugasan yang diberi telah selama 3 minggu yang lepas tapi tidak ku usik.

Apa jadi kepada diri ku? Detik naluri hatiku. Teman? Aku tiada teman untuk menyiapkan semua itu bersama-sama tatkala aku belajar di sini. Tidak seperti di bumi bertuah ku dimana, kawan-kawan ku merata, tinggal panggil sahaja untuk berjuang menyiapkan tugasan. Tapi disini? Aku tiada siapa-siapa untuk memberi semangat lantas satu anjakan yang bisa memberi kata-kata motivasi untuk terus berusaha.

Aku kesorangan. Tiga hari disitu. Tanpa teman atau siapa-siapa. Tiga hari tidak ku pulang kerumah. Tiga hari tidak ku mandi. Malah tiga hari ku jauh dari sebarang aktiviti sosial. Aku penat, aku rimas, aku runsing, aku sunyi, hanya DIA yang tahu perasaan ini. Tapi ku kuatkan jua semangat untuk menyiapkan tugasan tanpa menoleh ke belakang.

Alhamdulillah, dapat jua ku siapkan tugasan yang diberi. Entah bagaimana aku tidak tahu, hanya Dia yang tahu bagaimana dapat ku siapkan semua itu. Terima kasih Ya Allah kerana menemani ku sentiasa. Mungkin ini adalah hikmah kembara dariMu untuk ku. Tanpa mu mungkin tidak dapat ku menyiapkan tugasan diberi. Maafkan aku kerna selalu alpa dan lupa kepadaMu.

Contengan Jalanan Sang Pengembara



0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 The Monumentalist | TNB