Kehidupan Manusia
Nukilan: Jebat El Zhar
Kaki berjalan meninggalkan tapak,
Perlahan atau cepat, manusia penentunya
Perjalanan jauh, destinasi satu yang pasti
Arah penentu perlu, mengelak jauh terlepas destinasi
Dibilang hidupnya berpaksi apa sahaja,
Perempuan.Wang. Harta… semuanya dunia,
Perlu apa kepada agama dan nusabangsa,
Kaut semuanya, tak perlu heran orang kata
Manusia sering alpa, apakah erti dunia
Ada Sang Pencipta, menyusun segalanya
Dibentuk dari tanah,
Bukan untuk bersahaja
(Karya asli Saudara Jebat El Zhar (c) 2013)
0 comments:
Post a Comment