Mengetahui Kewujudan Allah S.W.T

Tuesday, 3 April 2012 0 comments

Mengetahui Kewujudan Allah S.W.T


Soalan : Bagaimanakah kita mengetahui kewujudan Allah ?


Jawapan : Sekiranya kita melihat sebuah kereta bergerak dari tempat jauh di hadapan kita, kemudian kita melihat kapal terbang yang terbang di langit, tentu kita percaya dan yakin bahawa ada pemandu kereta dengan berhati - hati di jalan raya. Kita juga pasti bahawa kapal terbang tersebut mempunyai juruterbangnya.

Soalan : Bagaimana kita begitu yakin kereta dan kapal terbang mempunyai pemandu ?


Jawapan : Kerana sekiranya tiada pemandu yang memandu kereta tersebut, kita tentunya tidak akan melihat kapal tersebut bergerak dengan baik di atas jalan yang walaupun ia berbengkang-bengkok. Begitu juga sekiranya tiada pemandu kapal terbang yang memandunya, kita tidak akan melihat ia terbang dengan baik dari satu destinasi ke destinasi yang lain


Soalan : Kalau begitu, bagaimanakah kita mengetahui kewujudan Allah ?


Jawapan : Kita mengetahui kewujudan Allah kerana Allah adalah tuhan yang menggerakkan matahari, bulan dan bintang. Dia yang menukarkan malam dan siang. Dia juga yang mencipta segala makhluk di alam ini. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Allah wujud


Soalan : Tolong jelaskan dengan lebih lanjut?


Jawapan : (Saya meminta keampunan daripada Allah). Sekiranya Allah Taala tidak wujud, sudah tentu matahari, bulan, bintang, malam dan siang akan hancur dan berhenti daripada bergerak dengan teratur. Bahkan semua makhluk akan hancur. Ini kerana semua makhluk ini tidak terjadi dengan sendirinya. Jika Pencipta makhluk tidak wujud, sudah tentu makhluk tersebut tidak wujud.

Firman Allah Taala : " (Mengapa mereka tidak beriman?)Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka mencipta diri mereka sendiri?Adakah mereka mencipta langit dan bumi itu?(sudah tentu tidak!)Bahkan meraka adalah orang yang tidak meyakini kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya) "(At -Tuur : 35-36)

Wallahualam

Biro Kerohanian MSC 2011/2012

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 The Monumentalist | TNB