Antara Pencipta dan Ciptaan (بين الخالق والمخلوق)

Tuesday, 3 April 2012 0 comments

Antara Pencipta dan Ciptaan (بين الخالق والمخلوق)

Oleh: Khairunnisa'


Pencipta itu adalah Allah dan yang dicipta itu pula sudah tentulah kita iaitu manusia. الخالق - Yang Maha Pencipta adalah salah satu daripada 99 nama Allah.

Perasan tak dalam kehidupan seharian kita, kita sentiasa cuba untuk mengikut peraturan (ermm mungkin benar bagi sesetengah kelompok manusia). Kalau ada kelas, mesti nak datang tepat pada masanya. Kalau datang awal tu lagilah, sempat nak belek-belek semula nota kuliah yang lepas. Kalau nak jumpa orang, mesti nak cantik-cantik, wangi-wangi, tak nak nampak selekehlah yang pasti. Kalau ada peperiksaan mesti nak skor baik punya biar cikgu dan kawan-kawan sekelas kagum dengan kita.

Semua tu sebenarnya untuk siapa? Untuk yang dicipta bukan?

Tetapi, pernah tak kita lakukan perkara yang sama untuk Pencipta kita?

Bila masuk je waktu solat pernah ke kita nak solat tepat pada masanya? Bersiap-sedia ambil wudhu’, duduk berzikir atas tikar sejadah sambil tunggu masuk waktu solat. Dengar je azan, terus solat. Masa solat tu pula dah siap mandi, pakai cantik-cantik, kemas-kemas, wangi-wangi. Yelah, nak menghadap Allah, Pencipta kita kan? Kemudian tengah solat tu bersungguh tak kita? Khusyuk tak berkomunikasi dengan Allah? Ke dok solat tunggang terbalik je tapi fikiran dalam kepala dah melayang menerawang kemana entah.

Dan dalam kita menjalani hari-hari kita, sudah cukup bersungguh ke kita dalam melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan semua yang dilarangNya? Eh, kita semua nak skor pahala banyak-banyak nak masuk Syurga Firdaus yang paling tinggi tu kan?

Allah…

Ayuh sahabat, kita muhasabah diri. Renungkan kembali di mana silap dan salahnya kita dalam menjalani hidup kita sebagai seorang hamba. Bukan hamba kepada manusia yang dicipta itu tetapi hamba kepada Allah, Yang Maha Pencipta.


Setiap insan punya sisi pandang yang berbeza. Ini sisi pandang saya. Anda pula bagaimana? :)

-Khairunnisa’,  Muslimat Liverpool

(Khairunnisa’ bukan nama sebenar penulis)

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 The Monumentalist | TNB