Ciri-ciri Ibadurrahman (sifat-sifat hamba Allah yang mendapat kemuliaan)
Diterangkan dalam surah Al-Furqan ayat 63-74
1. Ayat 63, orang yang berjalan dengan rendah hati (Hauna هونا). Orang yang tidak sombong, tidak angkuh, dan rendah diri. Cara jalan yang terbaik adalah seperti Rasulullah SAW di mana baginda berjalan seperti menuruni bukit.
2. Ayat 63 Apabila orang jahil tegur, dia mengucapkan salam. Rasulullah sentiasa melayan semua orang dengan baik. Baginda tidak pernah membalas perbuatan jahat orang kafir dengan makian mahupun dendaman. Baginda berdoa dan berkata-kata baik dan berhikmah. Orang yang paling kuat adalah orang yang boleh menahan marah. Kita haruslah menjaga tutur bahasa dan tidak bertindak mengikut emosi. Perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan sekira dalam keadaan marah adalah dengan beristigfar. Membalas dengan cara yang sama dengan orang jahil akan meletakkan kita sama taraf dengan mereka. Berkata-kata bila perlu, berkata baik atau sekiranya tiada baik untuk betutur, adalah lebih baik diam.
3. Ayat 64. Orang yang bersolat malam. Qiamulail dan bersolat tahajjud. Bangun dan bertasbih turut dikira berqiam. Hanya orang dipilih Allah akan terbangun di malam hari. Bersyukurlah sekiranya terbangun di malam hari dan manfaatkannya walaupun hanya bertasbih dan berdoa.
4. Ayat 65. Berdoa kepada Allah. Hamba yang bermunajat kepada Allah. Sentiasa berusaha untuk mendapat keredhaan Allah. Percaya dengan hari Akhirat. Sesungguhnya, amal sebesar zarah akan dibalas(surah alzalzalah). Dunia adalah untuk akhirat. Tempat untuk melabur saham akhirat.
5. Ayat 67. Tidak kedekut dan tidak membazir serta menginfakkan harta. Tidak membeli barang yang tidak diperlukan. Harta yang sebenar-benarnya milik kita hanya harta yang telah diinfakkan ke jalan Allah. Harta yang ada, hanya pinjaman semata-mata bukan hak milik kita. Ini tidak bermakna kita harus bersedekah seluruh harta kita sehingga keluarga dan diri terabai. Kita harus bijak dalam membahagikan dunia dan akhirat. Terdapat kisah dimana sahabat Rasulullah pernah meninggalkan rumah untuk beramal dan meninggalkan keluarga dirumah, tetapi Rasulullah menegur bahawa keluarga dirumah adalah lebih penting.
6. Ayat 68, orang yang tidak mensyirikkan Allah. Tidak menyekutukan Allah dengan benda lain. Tidak melakukan dosa-dosa besar. Tidak berzina dan melaksanakan perintah Allah.
7. Ayat 70-71 Orang yang banyak bertaubat. Manusia sentiasa melakukan kesalahan. Allah maha pengampun. Allah menerima taubat hambanya yang telah insaf. Tidak perlu untuk membuka pekung didada untuk memberitahu orang lain tentang kesalahan diri. Cukuplah kita menginsafi dan tidak mengulangi perbuatan tersebut.
8. Ayat 72, Orang yang tidak memberi kesaksian palsu. Orang yang tidak mengikuti orang-orang yang membuat perkara yang tidak berfaedah.
9. Ayat 73, orang yang mendengar peringatan dan tidak bersikap seperti tuli atau buta apabila mendengarnya. Menerima nasihat dengan hati terbuka. Apabila mendengar ceramah, berusaha untuk memperbaiki diri.
10. Ayat 74, orang yang berdoa untuk mendapat zuriat yang baik. Terdapat banyak doa yang boleh dipraktikkan.
Ayat 75-76. Allah telah berjanji bahawa balasan kepada ibadurahman ialah Syurga. Semoga kita semua masuk ke syurga bersama, insyaallah. Amin.
Perbincangan pendek:
tasbih kafarah- penebus dosa
kifarah- denda
muhrim- orang yang sedang berihram
mahram- orang yang haram dikahwini
0 comments:
Post a Comment