Dikala tertekan dan menghadapi dugaan, apakah tindakan kita?
Oleh: Khairunnisa’
Segelintir dalam kalangan kita, apabila tertekan, apabila menghadapi sebarang ujian, perkara pertama yang difikirkan bukanlah Allah, bukanlah Al Quran, tetapi mencari segala macam cara untuk melupakan masalah dengan bersuka-ria kononnya bila bergembira, segala masalah dapat dilupakan. Ada yang mendengar lagu-lagu yang melaghakan, bahkan lebih teruk lagi ada yang keluar bersosial ke kelab malam dengan minuman keras sebagai hidangan.
Bukankah lebih molek jika lagu-lagu yang lagha itu ditukarkan kepada zikir dan bacaan kalam suci Al Quran? Bukankah lebih molek jika keluar bersosial ke kelab malam ditukarkan dengan menghadiri masjid ataupun duduk berkumpul dengan individu yang lebih soleh/solehah daripada kita?
Kerana yang sebenarnya, rohani kita kehausan. Jiwa kita kosong. Kita mencari-cari sesuatu yang perlu diisi ke dalam jiwa kita. Dan di sinilah bijaknya Si Syaitan memainkan peranannya, membisikkan segala macam perkara jahat agar dilakukan oleh kita, manusia.
Segala tindakan untuk mengisi kekosongan jiwa kita itu dilihat seakan-akan kita marah dengan Allah, tak puas hati lantas memberontak terhadap Allah. Memberontak dengan cara ingkar kepada suruhan Allah. Mengapakah perkara ini terjadi? Mengapa kita tidak bergantung pada manual Allah, mukjizat Rasulullah yang agung yakni kitab suci Al Quranul Kareem?
Kadang-kadang kita lupa bahawa kita ada Allah. Kita ada Allah yang melihat, memerhati dan menilai setiap perbuatan yang kita lakukan.
![]() |
Maksudnya: Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. [ AlBaqarah 2: 152 ] |
Tidakkah kita berfikir dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan? Tidakkah kita berfikir akan segala implikasi jika kita melakukan itu atau ini, begitu atau begini? Pernahkah kita berfikir apa tanggapan Allah terhadap segala tindakan kita? Pernahkah kita membayangkan jika Rasulullah masih hidup dan melihat segala tindak-tanduk umat kesayangan baginda ini, apakah perasaan baginda? Kecewa? Sedih? Bangga?
Sesungguhnya Allah itu adalah pencipta kita, Dia Maha Tahu akan segalanya yang kita bisikkan di dalam hati. Allah tahu segalanya yang terdetik dalam hati kita, sama ada kita berniat mahu melakukan kebaikan dan mengutip pahala ataupun sebaliknya.
![]() |
Maksudnya: Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. [ Qaf 50: 16 ] |
Ingatlah bahawa baik dan buruk itu sudah jelas sepertimana hadis Rasulullah saw bahawa yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, begitu jugalah amalan kita. Tiada istilah “tengah-tengah” mahupun “sedang-sedang”. Contohnya seorang lelaki dan seorang perempuan yang keluar berdua-duaan sahaja, katanya tak berpegangan tangan pun, tak berzina pun. Tapi sudah jelas bahawa keluar berdua-duaan itu tidak dibenarkan dalam Islam, maka tiadalah istilah buat dosa “sikit” je, kerana sesunguhnya dosa itu tak bercampur langsung dengan pahala.
Baiklah, tak perlu huraian yang panjang lebar, ayuh duduk sejenak, muhasabah diri kita, renungkan kembali di mana salah dan silapnya kita dalam menjalani hidup sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini. Ayuh ringankan mulut kita untuk beristighfar dan rendahkan hati kita untuk benar-benar menghayati makna disebalik beristighfar itu.
Sukalah saya nak berkongsi satu hadis ini,
Narrated Abu Hurairah [radhi-yAllâhu 'anhu]: The Prophet [sal-Allâhu 'alayhi wa sallam] said,
"Allâh [Subhânahu wa Ta'âla] says, 'I am just as My slave thinks I am, (i.e. I am Able to do for him what he thinks I can do for him) and I am with him if he remembers Me. If he remembers Me in himself, I too, remember him in Myself; and if he remembers Me in a group of people, I remember him in a group that is better than them; and if he comes one span nearer to Me, I go one cubit nearer to him; and if he comes one cubit nearer to Me, I go a distance of two outstretched arms nearer to him; and if he comes to Me walking, I go to him running.' "
[Sahih Al-Bukhâri, 9/7405 (O.P.502)].
0 comments:
Post a Comment