SELAMAT DATANG

Saturday, 18 February 2012 0 comments


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat datang ke blog kami, 'The Monumentalist'. Semoga anda dapat manfaat daripada blog ini.

Mesti ada banyak soalan sedang bermain-main dalam kepala anda.

"Apa ni? Siapa ni?"

Kami merupakan sekumpulan pelajar dari University of Liverpool dan Liverpool John Moores University yang berkumpul untuk membuat satu blog sebagai projek usrah kita. Oh ya, nama kumpulan usrah kita ialah 'The Monumentalist'!

"Kenapa 'The Monumentalist'? Apasal bukan nama seperti 'BAM' (Blogging About Muslims)?"

Secara kebetulannya, nama penempatan kami ialah 'Monument Buildings'. Jadi, nama kumpulan usrah kami ialah 'The Monumentalist'. (Minta maaf kalau tidak cukup kreatif). Lagipun, kami suka makna sebalik perkataan 'Monumental'.

Monumental mon·u·men·tal /ˌmänyəˈmentl/

Adjective:
1. Great in importance, extent, or size.
2. (of a work of art) Great in ambition and scope.

Maka, tidak hairanlah kami memilihnya sebagai nama dan moto kami. Aspirasi kami:

"Monumentalist do things that are Monumental"

"Ni blog pasal apa?"

Blog ini merupakan perkongsian pengalaman dan ilmu daripada kumpulan usrah kami serta sesiapa sahaja yang ingin berkongsi. Kami berharap apa-apa yang dikongsikan sini dapat menjadi manfaat kepada masyarakat umum teruutamanya masyarakat Muslim di Liverpool. InsyaAllah, anda boleh mengambil dan menyebarkan apa-apa maklumat kami letak di sini untuk kegunaan anda. Kami hanya harapkan doa anda. Kami sedar bahawa sehebat mana manusia pun, Allah lebih hebat.

Firman Allah SWT:

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- Surah Al-Alaq(96): 1-5

Wallahu a'lam.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 The Monumentalist | TNB