Kalimah Agung Alhamdulillah
Oleh: Salimah Mohd Sabri
Bismillah.
Dalam sehari, 5 kali kita solat, 17 kali kita sebut Alhamdulillah, itu bilangan minimum perkataan Alhamdulillah yang keluar daripada mulut kita. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Belum mengira apabila bangun daripada tidur, keluar daripada tandas, selepas makan, selesai kelas seharian, dengar berita gembira dan berbagai lagilah kejadian-kejadian yang buat kita sebut Alhamdulillah.
Alhamdulillah yang kita dok ulang-ulang sebut tu sebenarnya sangat agung maknanya.
Alhamdulillah bermaksud segala puji bagi Allah. Apa bezanya dengan Syukur (شكر )? Mari kita lihat definisi dua perkataan ini serta contoh ayatnya di dalam Al-Quran.
1) شكر (ش ك ر) Syukr – to praise; to thank.
Syukr disebut di atas sebab balasan baik yang telah diberikan kepada kita. Contohnya, seseorang tolong kita, kita sebut Syukran (terima kasih) kepada dia. Makanya Syukrini lebih kepada balasan iaitu ucapan yang disebut terhadap orang yang berbuat baik kepada kita itu tadi.
Syukr disebut di atas sebab balasan baik yang telah diberikan kepada kita. Contohnya, seseorang tolong kita, kita sebut Syukran (terima kasih) kepada dia. Makanya Syukrini lebih kepada balasan iaitu ucapan yang disebut terhadap orang yang berbuat baik kepada kita itu tadi.
يـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَـكُمْ وَاشْكُرُواْ للَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepadaNya. [Al-Baqarah 2: 172]
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُواْ اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: Dan sungguh, Allah telah menolong kamu dalam Perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah agar kamu mensyukuriNya. [Al-‘Imran 3: 123]
2) حمد (ح م د) Hamd – to praise; to magnify.
Hamd pula diucap oleh sebab seseorang/sesuatu itu berhak dipuji. Maknanya lebih luas dan lebih khusus. Luas dalam erti kata, Hamd disebut bukan disebabkan oleh balasan kepada seseorang seperti Syukr, malahan ia tiada kena mengena langsung dengan perbuatan orang itu pada kita. Khusus pula kerana Hamd ini diucap kerana seseorang itu berhak dan patut dipuji disebabkan oleh sifat kesempurnaan yang ada padanya.
Hamd pula diucap oleh sebab seseorang/sesuatu itu berhak dipuji. Maknanya lebih luas dan lebih khusus. Luas dalam erti kata, Hamd disebut bukan disebabkan oleh balasan kepada seseorang seperti Syukr, malahan ia tiada kena mengena langsung dengan perbuatan orang itu pada kita. Khusus pula kerana Hamd ini diucap kerana seseorang itu berhak dan patut dipuji disebabkan oleh sifat kesempurnaan yang ada padanya.
الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَـلَمِينَ
Maksudnya: Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. [Al-Fatihah 1: 2]
الْحَمْدُ للَّهِ الَّذِى خَلَقَ السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَـتِ وَالنُّورَ
Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang…. [Al-An’am 6: 1]
Daripada contoh ayat quran yang diberikan, Syukur itu skopnya lebih kecil. Oleh sebab Allah beri kita rezeki, sebagai balasan kita mesti bersyukur pada Allah. Oleh sebab bilangan tentera muslimin sedikit semasa Perang Badar, Allah hantar pertolongan kepada mereka, maka sebagai balasannya mereka mesti bersyukur pada Allah. Pertolongan ataupun rezeki yang Allah kurniakan itu yang mebuatkan kita bersyukur selalunya kena secara langsung pada kita.
Sedangkan Alhamdulillah pula adalah ucapan yang skopnya lebih luas. Di mana, kita tidak pernah meminta langit dan bumi diciptakan, tetapi oleh sebab kesempurnaan Allah serta kuasaNya yang maha besar, Dia ciptakan bumi untuk kita semua hidup di dalamnya. Rezeki yang Allah beri itu melebihi apa yang kita selalunya perlukan. Ia juga boleh jadi rezeki yang Allah bagi itu tidak memberi kesan secara langsung pun pada kita, tapi kita ucap juga segala puji bagiNya. Sebagai contoh, kita mendengar rakan kita lulus dalam peperiksaan, kita bahagia untuk dia dan kita sebut Alhamdulillah.
Makanya, Alhamdulillah itu kalimah yang sangat agung untuk diucap. Kita memuji Allah kerana memang Allah itu layak dipuji.
Alhamdulillah.
“Such a short praise, such a deep meaning.”
Boleh rujuk artikel di sini (http://www.suhaibwebb.com/islam-studies/alhamdulillah-the-perfect-praise/) dan di sini (http://muslimmatters.org/2008/01/07/alhamdulillah-a-linguistic-miracle-of-the-quran/) untuk lebih memahami maksud Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment