Assalamualaikum, saya ingin panjangkan jemputan kepada semua undergraduate dan warga Liverpool yang berminat.
InsyaAllah memandangkan pelajar JMU akan mula exam Isnin ini, maka atas inisiatif beberapa pelajar tahun akhir ingin mengadakan majlis solat hajat berjemaah dan sedikit bacaan Yaasin.
Butiran seperti berikut:
Tarikh: 14 April 2012
Hari: Sabtu
Masa : 8.00 malam
Tempat: Flat 17, Monument Building.
(Muslimin sahaja)
Tentatif:
Solat Maghrib berjemaah
Solat Hajat Berjemaah
Bacaan Yaasin
Makan Malam
InsyaAllah makan malam akan disediakan kepada yang hadir.
Sekian terima kasih.
Syafiq Hamat
07787428510
--------------------------------
Saya mengundang rakan semua untuk menghadiri program ini. InsyaAllah, program ini akan memanfaatkan semua. Alang-alang semangat nak solat hajat, saya nak berkongsi sebuah hadith mengenai doa:
|
Daripada Abu Hurairah telah berkata : Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Allah itu Maha Baik. Dia tidak menerima melainkan yang baik. Allah telah memerintahkan orang yang beriman sama dengan apa yang telah diperintahkan para rasul. Maka Dia berfirman: "Wahai rasul-rasul, makanlah kamu daripada makanan yang baik (halal) dan kerjakan amal yang baik-baik...(Surah Al-Mu'minun 51)". Dan Dia berfirman : "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kamu daripada makanan yang baik apa yang dianugerahkan kepadamu (halal)..." Kemudian baginda menyebut tentang seorang lelaki yang mengembara begitu jauh, rambutnya kusut dan berdebu di mana dia mengangkat tangannya ke langit lalu berdoa: "Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!" sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia kenyang oleh benda-benda yang haram; maka bagaimana doanya dapat dimakbulkan?" - Riwayat imam Muslim - |
Perasan tak hampir setiap kali kita berdoa (terutamanya dalam majlis keramaian), kita mulakan doa dengan meminta keampunan Allah? Sering kita dengar, "Selepas usaha, bertawakkal kepada Allah". Jarang sekali, kita diingati untuk bertaubat dan beristighfar apabila nak minta sesuatu daripada Allah. Bagaimanakah doa kita nak jadi mustajab apabila kita masih dalam keadaan berdosa atau ada benda yang haram dalam diri kita? Marilah sama-sama beristighfar. Sesungguhnya, Allah Maha menerima taubat. InsyaAllah, sama-sama kita meminta kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat dan dijauhkan dari azab api neraka yang pedih. Wallahu a'lam
0 comments:
Post a Comment