Kategori baru

Sunday 22 April 2012 0 comments

Kategori Baru




Assalamualaikum wrt wbt,

Berikut merupakan kategori terbaru blog 'The Monumentalist' :

Mari Duduk Sebentar, Beriman Sejenak

- Merupakan koleksi edaran rohaniah Biro Kerohanian Liverpool Malay Speaking Circle. Mesti artikel-artikel ini sudah tenggelam dalam 'mailbox' sehingga anda tidak boleh mencarinya. Usah bimbang, sekarang, anda boleh membacanya di sini.





Usrah Muslimat

- Takkan Usrah Muslimin sahaja boleh berkongsi. Kami dengar dan kami telah wujudkan satu kategori khas untuk ukhti-ukhti kita.



Media Visual

- Adakah anda ingin menyumbang di blog ini tetapi tidak suka menulis? Sekarang, kami membuka ruang kepada mereka yang ingin berdakwah melalui gambar dan video.


Untuk pengetahuan semua, kami telah menukarkan tajuk 'Tazkirah' kepada 'Tazkirah dan Tarbiyah' (TNT) supaya artikel-artikel menarik yang anda hantar akan mempunyai 'expolsive effect'.

InsyaAllah, berikutan mesyuarat terbuka pertama, kami mempunyai cita-cita dan aspirasi untuk buka lebih banyak kategori supaya blog kami nampak komprehensif dan merangkumi semua aspek dakwah dan ukhuwwah. Pada masa akan datang, anda boleh jangkakan lebih banyak lagi kategori yang menarik.

Ingat, blog ini bukan sahaja platform kami, tetapi platform anda juga. Hantarlah artikel/karya anda ke:

Harap semua penambah baik yang anda lihat dapat menarik minat anda untuk menambahkan ilmu dan berkongsi buah fikiran dalam blog 'The Monumentalist'.

The Monumentalist Blog Team

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 The Monumentalist | TNB