Uhibbuka Fillah: 'I Love You For The Sake Of Allah'

Friday 15 November 2013 0 comments

Uhibbuka Fillah: 'I Love You For The Sake Of Allah'

Oleh: Hariz Said


Kita hidup dalam dunia yang menggalakkan kita benci antara satu sama lain. Mengumpat dan menfitnah ibarat perkara biasa dalam percakapan harian seolah-olah kita rasa bahawa sesuatu hal itu wajib diketahui umum. Kita kutuk apa yang kita rasa pelik meskipun benda itu merupakan perkara yang betul. Kita digalakkan melihat perbezaan dan takut terhadapnya walaupun Allah telah berfirman:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami  telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Itulah dunia yang kita telah bina atas darah manusia dan kezaliman yang berleluasa...

Andaikan kalau dunia itu berubah?

Tidakkah menyeronokkan kalau semua orang bertegur antara satu sama lain. Menolong antara satu sama lain merupakan keizzahan kita. Bersenyum, bergelak ketawa dan bersuka ria. Itulah syurga yang disebut dalam Surah Al-Fajr. Penghuni syurga merupakan mereka yang tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat atau menghina orang lain. Penghuni syurga sering memberikan salam. Dan, paling penting sekali, penghuni syurga sayang antara satu sama lain. Nak masuk syurga mestilah bersikap seperti penghuni syurga dahulu, kan?

Kasih Sayang




'Saya sayang kamu' senang disebut di mulut tetapi jarang dimaksudkan di hati. Kasih sayang sering dikelirukan dengan nafsu dan kefoyaan. Walhal, kasih sayang merupakan sesuatu yang sangat diberikan penekanan dalam Islam:

Anas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri” [Sahîh al-Bukhârî and Sahîh Muslim]

Jadi, mengapa kita tidak lihat banyak kasih sayang dalam dunia sekarang? 

Berkasih sayang ini bukan mudah. Kalau kita teliti, kasih sayang merupakan sifat terpuji yang diambil daripada rahmah (رحمة) Allah. Manusia biasa hanya akan tahu kasih sayang yang sedikit sahaja sementara mereka yang mempunyai hubungan kuat dengan Allah mengetahui kasih sayang yang lebih tinggi daripada manusia biasa.

Apa yang susah mengenai kasih sayang? Inilah yang menyebabkan seseorang yang mampu berkasih sayang lagi hebat daripada mausia biasa:

1. Menerima kekurangan orang lain sepertimana kita menerima kekurangan diri kita. (Kadang-kadang kita senang lihat kekurangan orang lain tanpa mengetahui bahawa orang itu sedang cuba sedaya upayanya untuk mengatasi kekurangannya. Terimalah bahawa kita berinteraksi dengan manusia)

2. Memaafkan kesalahan orang lain. (Bukan senang melupakan luka yang dalam tetapi tanda hati yang gelap ialah mereka yang tidak rasa kasihan apabila seseorang meminta maaf)

3. Bersabar antara satu sama lain. (Semua orang mempunyai kebolehan dan kekurangan masing-masing. Wajarlah kita bersabar dan cuba memahami kerenah orang lain. Bukan semua orang mempunyai hidden agenda terhadap diri kita)

4. Menginginkan sesuatu untuk saudaranya sepertimana menginginkan sesuatu untuk dirinya sendiri. (Memberikan sesuatu yang kita tidak sudah tidak mahu bukannya kasih sayang tetapi hanya sekadar kasihan (pity). Kalau seseorang yang suka kereta dapat kereta jaguar, cuba bayangkan betapa susahnya nak berikan kepada orang lain yang suka kereta juga)

5. Mengawal kemarahan sebaik mungkin. (Mesti ada masanya kita akan berasa marah. Itu namanya manusia. Ada masa marah itu dipuji tetapi kebanyakan masa, marah itu tidak bagus terutamanya apabila marah untuk diri sendiri. Orang yang mempunyai kasih sayang yang hebat tahu untuk marah bukannya untuk diri sendiri tetapi untuk selain diri-Nya)

6. Bersangka baik. (Kita semua manusia. Memang kita tahu akan kekurangan manusia dan bagus untuk sentiasa berwaspada. Walau bagaimanapun, tidak mampukah kita bersangka baik dahulu sebelum menjatuhkan hukum terhadap setiap orang yang kita temui)

7. Mendoakan seseorang sepenuh hati. (memang senang nak cakap "Allah, ampunkanlah dosa seluruh muslimin dan muslimat". Kalau nak berdoa betul-betul daripada lubuk hati sehingga air mata terlinang keluar, itu bukan senang)

8. Mengasihi seseorang yang tidak mempunyai beberapa persamaan dengan diri kita. (Human nature, kan? Kita sentiasa hanya akan cuba geng dengan orang yang sama minat, warna kulit dan cara pergaulan. Untuk mengasihi orang lain, termasuklah seorang yang bukan muslim, itu memang perlukan level yang tinggi sedikit)

9. Menegur kesalahan orang lain dalam cara yang tidak menyinggung perasaannya. (Manusia merupakan makhluk beremosi. Kadang kala, kita nampak sahaja kesalahan, nak cepat-cepat lenting seolah-olah nak jadi hero. Apa salahnya tegur seperti nabi, bertempat dan secara hormat)

Kadang kala, kita rasa bahawa lagi senang untuk kita ikut 'human nature' kita daripada menggunakan cebisan rahmah (رحمة) yang Allah tanam dalam hati kita apabila meniup ruh kita. Ini ialah pilihan kita. Sama ada untuk ikut nafsu atau hidayah? Tetapi mereka yang ingin ikut hidayah Allah akan sentiasa ditunjukkan jalan. Marilah kita sebarkan kasih sayang yang unggul dan bukannya sekadar 'superficial'.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 The Monumentalist | TNB