[KAFAL] Makharij Part 2

Thursday 13 December 2012 0 comments

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Seperti yang dijanjikan, berikut merupakan workbook untuk sesi 2. Dalam sesi ini, pelajar belajar bagaimana menyebut huruf-huruf yang berasal dari lidah. Bila saya buat workbook ini, saya rasa kagum terhadap lidah, ciptaan Allah yang hebat. Begitu banyak huruf yang keluar dari lidah dan begitu fleksibel lidah. MasyaAllah, tanpa lidah, sudah tentu manusia tidak boleh berkata-kata.

Saya faham bahawa ada beberapa huruf lisan yang memang susah untuk disebut. Ibu bapa usah bimbang sekiranya anak susah untuk sebut. Mereka memerlukan banyak galakan dan latihan. Yang penting ialah bukan sekadar mengetahui makhraj tetapi menyebut huruf-huruf tersebut dengan bunyi yang betul. Pembacaan Al-Quran bergantung kepada bunyi lebih daripada teori makhraj. Kanak-kanak digalakkan dengar bacaan Al-Quran. Mengulang bunyi yang pernah didengar lebih senang daripada menyebut melalui deskripsi workbook semata-mata.

Makharij Part 2
http://www.4shared.com/office/WEOXNmXA/MAKHARIJ_Part_2.html

Makharij Part 2 Teacher's Edition
http://www.4shared.com/office/_rj1-eIG/MAKHARIJ_Part_2_teachers_editi.html

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 The Monumentalist | TNB